Lindungi rumah urut, dua lagi ditahan SPRM

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu dalam siasatan kes wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu negara.

Sumber SPRM memberitahu kedua-dua lelaki berusia 28 dan 39 tahun itu ditahan pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua orang awam yang bekerja sendiri itu...direman lima hari sehingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan.

Iklan
Iklan

Media pada 19 Mac lalu melaporkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam direman berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. -Bernama