Tablet percuma bantu PdP dengan berkesan, kondusif
Iklan
SHAH ALAM- Pemberian komputer riba percuma kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan kategori B40 mampu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam suasana kondusif.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, langkah kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu juga dapat meringankan beban yang ditanggung ibu bapa dan penuntut yang kurang bernasib baik.