DSA, Natsec 2022 platform perkukuh keselamatan perairan negara
Iklan
Hishammuddin bersama Hamzah ketika sidang media selepas meninjau persiapan DSA dan Natsec di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Ahad.
KUALA LUMPUR - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di sini akan menyaksikan persidangan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) buat kali pertama sejak tahun 2018 di Manila, Filipina.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, matlamat utama persidangan tersebut bagi membincangkan hala tuju TCA dan memperbaharui kesefahaman berkaitan ancaman keganasan dan ancaman di Lautan Sulu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pertemuan tersebut akan melibatkan rakan sejawatnya dari Indonesia, Prabowo Subianto dan Delfin Lorenzana dari Filipina.
"Saya ingin mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat TCA bersama pemimpin pertahanan daripada Indonesia dan Filipina sempena DSA ini untuk semak semula persefahaman antara ketiga-tiga negara di Laut Sulu, berikutan berdepan ancaman yang sama di situ.
Iklan
"Bila membabitkan isu keselamatan dalam negeri, sudah tentu kita akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Hamzah Zainudin dan rakan sejawatannya mengenai penculikan dan tebusan, keganasan yang berlaku di perairan kita di mana pendekatannya perlu kreatif dan berani, pada masa yang sama perlu fokus ke hadapan.
"Kita sudah ada (TCA) sebelum ini, kita hanya mahu menyemak semula, kita ada rondaan tentera laut bersama, rondaan udara antara tentera udara ketiga-tiga negara dan latihan darat yang akan dibincangkan," kataya selepas meninjau persiapan DSA dan Natsec di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, pada Ahad.
Iklan
Sementara itu, mengulas mengenai keselamatan di sempadan negara, Hamzah berkata, tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua agensi terlibat bukan hanya diletakkan di atas bahu Kementerian Pertahanan (Mindef) semata-mata.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menghasilkan satu pelan induk yang komprehensif untuk memastikan gerak kerja dan pemantauan di sempadan negara dijalankan dengan berkesan.
"Contoh terbaik adalah Ops Benteng yang dijalankan sejak dua tahun lalu, yang membuktikan kedua-dua kementerian berjaya lakukannya secara bersama. Apabila hendak pertahankan sempadan negara, kami perlu lakukan secara bersama,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>