Putin tandatangani RUU berita palsu

Iklan
Vladimir Putin

MOSCOW - Presiden Vladimir Putin pada Jumaat menandatangani rang undang-undang (RUU) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana menerbitkan maklumat palsu tentang tindakan Rusia di luar negara.

Langkah itu diambil ketika ketika Moscow meneruskan operasi ketenteraan di Ukraine.

Iklan
Iklan

RUU itu yang diluluskan Parlimen Rusia minggu ini memperuntukkan hukuman penjara dan denda kepada mana-mana individu yang menerbitkan 'secara sedar maklumat palsu' tentang tindakan agensi kerajaan Rusia di luar negara.

Jika maklumat palsu itu 'menyebabkan kesan buruk', pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Iklan
Iklan

RUU baharu itu meluaskan undang-undang yang diluluskan pada Mac lalu yang membenarkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana menerbitkan maklumat palsu berkaitan tentera Rusia. – AFP