KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jumaat berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang yang berjaya dipisahkan melalui pembedahan oleh pasukan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Pengarah HTA, Dr Shamsul Anuar Kamarudin; Timbalan Pengarah HTA, Dr Marina Abdullah Sani dan Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari.