SHAH ALAM - Polis Shah Alam sedang menyiasat berkenaan satu video pergaduhan sekumpulan remaja ketika perlawanan bola sepak pada Selasa lepas, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, video tular berdurasi 32 saat di laman Facebook dimuat naik seorang pemilik akaun yang memaparkan pergaduhan antara remaja itu, kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.