Gerakan kekal bersama PN
Iklan
Dominic Lau
KUALA LUMPUR - Parti Gerakan tetap dengan pendirian untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi segala cabaran dalam apa-apa jua pilihan raya selepas ini.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataan pada Jumaat berkata, Gerakan akan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan parti yang sudah berusia 54 tahun itu stabil dan relevan di hati rakyat.
Iklan
Iklan
"Gerakan akan kekal bertapak dalam arena politik negara sekiranya terus membela hak dan menambat hati rakyat. Jadi, pemimpin perlu terus turun padang membantu dan mendengar masalah dihadapi mereka,” katanya.
Beliau turut mengingatkan pemimpin parti agar berpegang dengan ideologi parti serta tidak terlibat dengan gejala rasuah dan bersikap gila kuasa sepertimana diperjuangkan dalam PN.
Iklan
Dominic berkata, Gerakan akan memberi perhatian terhadap 1.4 juta pengundi baharu melibatkan kumpulan umur 18 hingga 21 tahun bagi mengekalkan kestabilan dan kerelevanan parti.
Gerakan menyambut ulang tahun penubuhannya ke-54 semalam, dan Dominic berkata, sambutan itu menjadi titik permulaan dan persediaan pemimpin Gerakan mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Pada Khamis, media melaporkan Gerakan akan mengadakan perbincangan dalam kalangan parti komponen PN untuk pembahagian kerusi PRU15 nanti. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>