Kraftangan Sarawak

Iklan
Pelatih Nur Insyirah Safiee 20, tekun menenun benang berwarna di Kampus Satelit iaitu Program Pembangunan Kemahiran Kraf Berpusat di bawah Institut Kraf Negara (IKN) di Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak hari ini.

Ia merupakan inisiatif untuk melebar luas latihan kemahiran kraf yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada sosio-ekonomi rakyat.

Bertujuan untuk meningkatkan penyertaan golongan belia di Sarawak melalui pendidikan dan latihan kemahiran kraf secara formal dan fleksibel serta menyediakan program pengajian sepanjang hayat.

Kraftangan Malaysia telah meletakkan sasaran kemasukan pengambilan pelajar baharu ke Kampus Satelit IKN Sarawak seramai 204 pelajar menjelang tahun 2025. - Foto Bernama