'Selamat tinggal MoU': Ahmad Maslan
Iklan
Tangkap layar pandangan Ahmad di Facebook
SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan secara peribadi berpandangan pembangkang telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU).
Kata beliau, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi terikat dengan MoU yang dimeterai bersama pembangkang sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Pembangkang langgar MoU yang telah ditandatangani. Ini pandangan peribadi saya.
"Berdasarkan kepada peristiwa semalam di Dewan Rakyat bila Kementerian Dalam Negeri (KDN) kalah undi belah bahagi, maka selamat tinggal MoU.
Iklan
"Ayuh kita teruskan melangkah,” katanya di Facebook pada Khamis dengan memuat naik sebahagian kandungan MoU tersebut.
Pada Rabu dalam sidang Dewan Rakyat, kerajaan gagal mendapat sokongan untuk meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) berkenaan tahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan.
Iklan
Undi belah bahagi yang dijalankan menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 tidak bersetuju manakala seramai 50 orang tidak hadir.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>