Jumlah terkini tabung #Sinar4NZMartyrs RM98,043.94

Iklan

SHAH ALAM - Jumlah tabung khas #Sinar4NZMartyrs mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak RM98,043.94 sehingga jam 7 petang, hari ini.

Terdahulu, sejumlah RM93,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia sudah pun diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang berangkat ke New Zealand petang tadi.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbangan tabung #Sinar4NZMartyrs RM93,000 dibawa ke NZ

Sumbangan orang ramai itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah kepada Mujahid sebelum menteri itu berangkat ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia.

Iklan

Kutipan tabung khas #Sinar4NZMartyrs yang diwujudkan Sinar Karangkraf itu akan diagihkan untuk kegunaan masjid dan diberikan kepada tiga keluarga rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, Jumaat lalu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.

Iklan