RUU Anti Lompat Parti dibentang pada Ramadan
Iklan
Tangkap layar hantaran Facebook Anthony pada Rabu.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan dibentangkan di Dewan Rakyat melalui satu Persidangan Khas pada bulan Ramadan ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
Menurutnya, agenda utama mesyuarat tersebut ialah berkenaan status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan melompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang merupakan salah satu syarat utama dalam MoU Persefahaman di antara kerajaan Persekutuan dan PH.
"Perdana Menteri telah memberikan komitmen bahawa RUU Pindaan Perlembagaan tersebut akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat melalui satu Persidangan Khas semasa bulan Ramadan akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Iklan
Mesyuarat tersebut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mewakili Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani kuarantin di rumah.
Justeru, beliau berkata, segala isu teknikal dan takrifan perlu diselesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal Bi-partisan dalam masa yang terdekat.
Iklan
"Kami memberikan komitmen penuh bahawa pihak PH akan memberikan kerjasama untuk memastikan Pindaan Perlembagaan tersebut dapat diluluskan dan melarang sebarang tindakan melompat parti,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>