1,272,121 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 1,272,121 individu atau 35.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,845,415 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,943,210 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.