Gunung Yong Yap

Iklan

Menghayati kehijauan hutan di puncak Gunung Yong Yap antara perkara yang diidamkan pendaki gunung.

Pendaki boleh memilih sama ada melalui laluan Sungai Rengil di Cameron Highlands ataupun laluan dari Kuala Gepeh di Kuala Mu, dekat Sungai Siput, yang juga dikenali sebagai Trek Legend untuk sampai ke puncak gunung itu.

Iklan
Iklan

Gunung Yong Yap terletak di sempadan dua negeri iaitu Perak dan Kelantan, mempunyai ketinggian 7,110 kaki (2,167 meter), antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia selain Gunung Tahan, Gunung Yong Belar, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat.