Anwar Ibrahim positif Covid-19

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif Covid-19 hasil ujian Rt-PCR yang dijalankan di Parlimen, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang, Shukri Saad.

Iklan
Iklan

"Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, semua Ahli Parlimen serta pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan bagi mengawal penularan Covid-19. - Bernama

Iklan
Iklan