Lelaki positif dadah punca kemalangan
Iklan
KUALA KRAI - Seorang warga emas maut manakala dua rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine di Kilometer 66 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Sungai Durian, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi itu turut patah kaki kanan akibat kemalangan pada pukul 9.30 pagi itu dan polis turut menemukan pelbagai jenis mercun di dalam kereta Perodua Myvi berkenaan.