Perak FC tumpas di tangan PDRM
Iklan
Pemain Perak FC, Alif Zikri (tengah) mengawal bola ketika menentang PDRM FC di Stadium Perak sebentar tadi. - Foto Bernama
PASUKAN bermasalah - Perak FC gagal memulakan saingan Liga Premier musim ini dengan langkah kanan apabila mengalami kekalahan 1-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Sebelum perlawanan bermula, Perak FC mula tampak tempang apabila hanya menyenaraikan 16 daripada 20 pemain yang didaftarkan termasuk tiga penjaga gol.
Iklan
Iklan
Begitupun, skuad kendalian Yusri Che Lah itu bermula garang apabila berjaya merobek gawang Sang Saka Biru menerusi Royizzat Daud pada minit ke-13.
Kapten Perak FC, Muhammad Firdaus Saiyadi hampir menambah gol kedua tuan rumah berselang 13 minit kemudian, namun sepakan lencongnya terkena palang PDRM FC.
Iklan
Sebaik babak kedua bermula, PDRM dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan bagi memburu gol dan hasilnya, mereka berjaya membuka tirai jaringan apabila Martin Adamec memanfaatkan hantaran lintang Muhammad Amirul pada minit ke-64.
Berselang 10 minit kemudian, giliran Merbek Akhmadaliev merobek gawang Perak FC selepas dia berjaya menewaskan perangkap ofsaid.
Iklan
Akhmadaliev terus menghukum skuad The Bos Gaurus dengan meledak gol kedua peribadi di Stadium Perak pada minit ke-78, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya PDRM FC.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>