Kain layah Priyanka Chopra sepanjang 22 meter

Iklan
kain

"DAN selama-lamanya bermula sekarang (And forever starts now)," tulis Priyanka Chopra buat teman sehidup sematinya, Nick Jonas selepas majlis resepsi semalam di Instagram (IG) miliknya.

Pasangan itu melangsungkan resepsi mengikut tradisi Kristian selepas selamat berkahwin pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Pada majlis tersebut, Priyanka telah menyarung gaun labuh putih rekaan Ralph Lauren.

Namun yang lebih perhatian adalah kain layah (veil) yang dipakai oleh aktres antarabangsa itu meleret dengan sepanjang 22 meter menjadi bualan seluruh dunia.

Iklan

Priyanka tampil penuh dramatik dari dalam gereja dengan veil yang dipegang oleh enam orang pengiring di belakangnya.

Manakala, menurut laporan People, gaun perkahwinan Priyanka dihiasi oleh 2.3 juta butir labuci mutiara dan mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan.

Iklan

Selain itu, sepanjang tempoh 50 tahun keberadaan Ralph Lauren dalam industri fesyen, beliau hanya pernah mereka tiga gaun pengantin sahaja.

Pertamanya untuk anak perempuannya, seterusnya buat menantu perempuannya dan kali terakhir untuk anak saudaranya.

Persalinan Priyanka dilengkapi dengan sepatu khas rekaan pereka negara, Datuk Jimmy Choo.

Majlis itu berlangsung di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India dengan kehadiran 225 orang tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.

Priyanka dan Nick telah bertunang pada Julai lalu selepas dua bulan bercinta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Priyanka Chopra terima hadiah anting-anting jenama mewah]