MOSCOW - Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos pada Sabtu menolak laporan media Barat yang mendakwa uniform berwarna kuning dan biru dipakai kru angkasawan mereka yang menyertai misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah sebagai tanda sokongan kepada Kiev.
"Warna kuning hanyalah kuning, tiada makna apa-apa,” ujar perkhidmatan akhbar agensi itu menerusi saluran Telegram selepas beberapa pihak mengaitkannya dengan warna bendera kebangsaan Ukraine.