Cubaan seludup 590kg daun ketum gagal
Iklan
JELI - Cubaan dua lelaki tempatan menyeludup 590 kilogram (kg) daun ketum ke negeri ini gagal selepas dicekup polis semasa cuba melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, di sini pada Ahad.
Lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan pada jam 7.30 pagi semasa menaiki kereta jenis Proton Exora warna hitam ketika cuba melepasi SJR tersebut.