Perodua Kancil rempuh pagar Balai Polis Bukit Yong
Iklan
KOTA BHARU - Anggota polis dari Balai Bukit Yong, Pasir Puteh di sini yang sedang bertugas dikejutkan dengan insiden sebuah kereta jenis Perodua Kancil melanggar pintu pagar balai berkenaan pada Jumaat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam kejadian jam 11.09 malam itu menyebabkan pemandu Perodua Kancil terbabit yang berusia 66 tahun luka pada bahagian hidung.