JKNT pantau bazar Ramadan

Iklan
JKNT akan menggerakkan lebih 100 penguatkuasa untuk memantau makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa bagi menjamin keselamatan dan kualiti juadah dijual kepada pengguna. (Gambar kecil: Che Ghani)

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan menggerakkan lebih 100 penguatkuasa untuk memantau makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa bagi menjamin keselamatan dan kualiti juadah dijual kepada pengguna.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Terengganu (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Che Ghani Sidek berkata, pemantauan itu akan diadakan dengan kerjasama pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Iklan
Iklan

"Pemantuan akan dibuat bermula hari pertama Ramadan di bazar Ramadan semua lapan daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Sementara itu menurut Che Ghani, beberapa perlanggaran peraturan berjaya dikesan hasil daripada ‘sample’ makanan yang diambil di bazar Ramadan pada tahun lepas dan proses undang-undang sedang dilaksanakan.

Iklan

Sehubungan itu beliau berkata, pengambilan ‘sample’ makanan secara rawak di bazar Ramadan pada tahun ini akan diteruskan seperti biasa bagi menjamin makanan yang dijual kepada pelanggan bebas dari sebarang pencemaran yang boleh menyebabkan mudarat dan membahayakan kesihatan pengguna

"Tahun ini juga, kita tidak mengadakan kempen keselamatan makanan seperti tahun-tahun sebelum ini sebaliknya akan mengambil pendekatan menjalankan penguatkuasaan kepada peniaga dan dalam masa yang sama kempen kesedaran kepada pengguna akan turut dilaksanakan.

Iklan

"Beberapa modul telah disiapkan untuk dihebahkan melalui media sosial seperti facebook dan Tiktok bagi meningkatkan kesedaran para pengguna serta peniaga dalam memilih makanan berkualiti.

"Kempen ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna supaya sentiasa memilih gerai jualan bersih, makanan ditutup dan pengendali makanan beretika ketika membeli makanan di luar.

"Selain itu, kita juga harap peniaga dan pengendali makanan mendapatkan suntikan pelalian antitifoid serta ikuti kursus yang ditetapkan sebelum mula berniaga di bazar Ramadan nanti bagi mengelak dikenakan tindakan,” katanya.