UMNO kekal sebagai parti politik terbesar
Iklan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada Jumaat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - UMNO kekal sebagai parti politik terbesar apabila mencatatkan bilangan ahli paling ramai setakat ini iaitu sebanyak 3,391,236.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bilangan cawangan UMNO pula berjumlah 22,274 di 191 bahagian.
Iklan
Iklan
"Mengikut data pada 15 Mac 2022, bilangan ahli teramai diterajui Sabah iaitu sebanyak 594,631 ahli, diikuti Johor (452,642), Selangor (426,109) dan Kedah (300,564).
"Manakala bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi pula ialah Lahad Datu iaitu sebanyak 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849), Libaran, (39,513), Gombak (38,437) dan Baling (37,249).
Iklan
"Justeru, sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut beliau berkata, UMNO juga masih mekar di seantero dunia apabila sebahagian wakil mereka menghadiri persidangan pada tahun ini.
Iklan
"Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 di United Kingdom (1), Ireland (1), Indonesia (2), Australia (3), New Zealand (4) dan Mesir (2).
"Sebanyak 21 duta dan wakil negara juga hadir ke perhimpunan kali ini iaitu United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>