Risiko kematian tinggi, warga emas dirayu ambil dos penggalak

Iklan
Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19 di laman Twitter beliau pada Khamis.

PUTRAJAYA - Warga emas dirayu untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19.

Ia susulan kumpulan itu berisiko tinggi untuk mati jika tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, saranan itu sangat penting menjelang Ramadan yang hampir tiba.

"Mungkin orang tua kita tidak kemana-mana sekarang. Tapi tiba Ramadan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih.

Iklan

"Elok 'top-up' perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Menerusi hantaran tersebut, Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19.

Iklan

Data tersebut jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi.

"Kematian semalam (Rabu) adalah sebanyak 105 kes, jika anda berumur 60 tahun ke atas, anda perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian," katanya.