Covid-19: 95 kematian baharu, 23 BID

Iklan
KKM melaporkan sebanyak 95 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 95 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, 23 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Menurut laman sesawang CovidNow, angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan virus berkenaan adalah 33,994.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan 7,099 kes.

Iklan

Laporan berkenaan turut memaklumkan, purata 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 82 kematian, diikuti Kedah (66) dan Putrajaya (43).

Iklan

KKM turut merekodkan 26,534 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,872,135.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.1 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 32.9 peratus.