Onn Hafiz teruskan legasi kepimpinan keluarga
Iklan
Onn Hafiz Ghazi (dua dari kiri) menziarahi pusara moyangnya, Datuk Onn Jaafar dan buyutnya (bapa kepada moyang) Datuk Jaafar Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Selasa. -Foto:Bernama
JOHOR BAHRU - Mempunyai darah kepimpinan yang mengalir dalam dirinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi kini meneruskan legasi keluarganya sebagai pemimpin penting Johor dan negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke-19.
Pelantikan Onn Hafiz, 43, yang merupakan piut kepada Menteri Besar pertama Johor, Datuk Jaafar Muhamad menambah seorang lagi pemimpin daripada keluarga yang tidak asing dalam landskap politik negara itu yang menerajui negeri Johor Darul Takzim.
Iklan
Iklan
Moyang beliau adalah pengasas dan Presiden pertama UMNO, Datuk Onn Jaafar yang juga Menteri Besar Johor ketujuh manakala datuk beliau, Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri ketiga Malaysia.
Onn Hafiz pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini.
Iklan
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 Sabtu lalu, beliau menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 6,543 undian menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional (PN) dan R. Sangaran daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
Sebelum ini, beliau menyandang kerusi DUN Layang-layang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Iklan
Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan pada 6 Mac 2020.
Di bawah portfolio beliau, beberapa program telah dilaksanakan meliputi pembangunan sukan dan belia termasuk penubuhan pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) dan juga membuka Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC).
Mendapat pendidikan dalam bidang perakaunan di University of Hertfordshire, United Kingdom (UK), Onn Hafiz mula aktif dalam politik apabila memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong, kemudian Ketua Pemuda UMNO Sembrong dan selepas itu menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam.
Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Beliau menggantikan Datuk Hasni Mohammad yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020. - Bernama
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com