Bapa Allahyarham Adib hadir beri keterangan

Iklan

SHAH ALAM - Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid dijangka memberi keterangan kepada Mahkamah Koroner sebentar nanti.

Mohd Kassim,64, memakai baju kemeja tiba di mahkamah bersama abang Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.

Iklan
Iklan

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad memasuki hari ke 15 dengan 22 saksi telah memberi keterangan.

Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Subang Jaya cedera parah dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, November lalu.

Iklan
Iklan

Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Disember, jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara selepas 21 hari bertarung nyawa.