New Zealand haramkan senjata ala tentera

Iklan
Semua jenis senjata semiautomatik bakal dilarang di bawah undang-undang baharu menjelang 11 April depan.

WELLINGTON - NEW ZEALAND. New Zealand akan mengharamkan semua jenis senjata semiautomatik atau senjata ala tentera yang digunakan dalam serangan ganas di Christchurch.

Larangan itu diumumkan Perdana Menteri, Jacinda Ardern pada Khamis selepas insiden serangan berdarah ke atas dua masjid yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Enam hari selepas kejadian itu, kami mengumumkan larangan ke atas kesemua jenis senjata semiautomatik (MSSA) dan senapang di negara itu. Selain itu, bahagian berkaitan yang digunakan untuk menukar senjata berkenaan kepada MSSA juga dilarang bersama magazin berkapasiti tinggi," ujarnya.

Beliau menjangkakan undang-undang baharu itu akan berkuatkuasa menjelang 11 April depan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, skim beli balik itu akan dilaksanakan ke atas senjata terbabit dan langkah itu bakal dikenakan bagi mengelakkan berlaku pembelian sebelum undang-undang itu dikuatkuasakan. - BBC