Lelaki OKU terperangkap dalam lumpur

Iklan
Pasukan penyelamat mengusung mangsa sebaik berjaya dikeluarkan daripada lumpur dalam kejadian di Kampung Teladas, Air Putih di Kemaman.

KEMAMAN - Anggota penyelamat mengeluarkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam lumpur di Kampung Teladas, Air Putih, disini kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, mangsa berusia 44 tahun merupakan OKU kategori lembam terperangkap dalam kawasan berlumpur sedalam 0.5 meter yang terletak kira-kira 100 meter dari sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pihak bomba dengan bantuan polis dan Rela mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Anggota bomba membantu membersihkan mangsa sebelum diserahkan kepada keluarganya.
Iklan

Menurut Azman, mangsa dibawa keluar daripada kawasan berlumpur itu menggunakan pengusung dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Pasukan penyelamat turut membantu membersihkan badan mangsa yang dipenuhi lumpur sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.