Covid-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Orang ramai terutama pelajar serta petugas pendidikan diminta supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan 29 kluster Covid-19 institusi pendidikan masih aktif di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan melibatkan lokaliti Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan di Lahad Datu.