KUALA LUMPUR - Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis, menurut Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi.
Dalam satu infografik mengenai prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang disiarkan di laman Twitter rasminya pada Khamis, MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.