Pakai baju, seluar dalam ketika kursus

Iklan
Othman Nanyan

KUANTAN - Perbuatan tidak senonoh sekumpulan peserta wanita yang mengikuti kursus motivasi dengan mengenakan pakaian dalam di kawasan peranginan Bukit Tinggi, Bentong, mengundang rasa tidak senang penduduk setempat.

Difahamkan, penduduk sekitar di pusat peranginan itu telah menegur perbuatan terbabit, sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukir Tinggi, petang semalam.

Iklan
Iklan

Kursus motivasi itu yang disertai sekumpulan wanita itu bermula Isnin lalu dan dijadualkan berakhir hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, pihaknya telah menahan empat lelaki dan 30 wanita yang dipercayai pengendali dan peserta kursus motivasi itu, selepas menerima laporan tersebut.

Iklan

Menurutnya, mengikut laporan, terdapat kira-kita 80 pengendali dan peserta kursus motivasi ketika kejadian dan kebanyakan mereka adalah pekerja Spa kecantikan yang berpusat di Johor dan Kuala Lumpur.

"Setakat ini kita hanya berjaya mengesan dan menahan 34 orang, tapi kita percaya baki peserta yang mengikuti kursus berkenaan sudah kembali ke ibu negara pagi tadi.

Iklan

"Jadi, kita minta kerjasama mereka untuk datang melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu pihak kami melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Gambar peserta wanita yang mengikuti kursus di situ dalam keadaan hanya memakai baju dan seluar dalam, mula tersebar di media sosial Facebook, petang semalam.

Othman berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.