Lapan kenderaan rosak teruk dihempap bongkah batu
Iklan
KUALA LUMPUR- Lapan kenderaan rosak teruk setelah ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran dalam kejadian di Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dalam insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu, bongkah batu menghempap kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan parkir Blok 4 pangsapuri berkenaan.