KOTA BHARU – Rakyat Kelantan perlu mendapatkan vaksinasi Covid-19 masing-masing terutamanya dos penggalak bagi persediaan awal memasuki fasa peralihan endemik.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah tersebut amat perlu bagi memastikan rakyat sentiasa terkawal daripada jangkitan wabak berkenaan, sekali gus dapat mencegah kes kritikal.
"Kita menyambut baik keputusan kerajaan untuk memasuki fasa peralihan endemik awal April ini. Namun kita masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana risiko jangkitan masih ada.