NGO serah memorandum gesa tambah baik sistem perundangan syariah
Iklan
GEORGE TOWN - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang menyerahkan satu memorandum berkaitan usaha menambah baik sistem perundangan syariah di negara ini kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), di sini, pada Selasa.
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Pulau Pinang Azmi Jaafar berkata, sebagai pihak berkuasa utama agama Islam negeri, MAINPP digesa agar memastikan jawatankuasa teknikal sedia ada mengkaji semua undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah negeri agar dapat ditambah baik.