Hari Wanita 2022

Iklan
V. Geeta Sri (kiri) dan Azira Abdullah (kanan) meletakkan kad ucapan sempena sambutan Hari Wanita 2022 yang bertemakan ‘Saksama Bersama’ hari ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, tema itu dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita.

Tema ini juga disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. - Foto Bernama