Bekas pengarah didenda RM24,000
Iklan
IPOH - Seorang bekas pengarah syarikat hanya dikenakan hukuman penjara selama dua minggu setelah mengaku bersalah di atas enam pertuduhan kerana memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh, Thai Wai Kuan, 51, berdepan denda RM24,000 bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, Wai Kuan pada tarikh 4 Januari 2011 hingga 28 Disember 2013 di Pejabat Metalpac Sdn Bhd telah memalsukan dokumen Weighing Slip Siputeh Sawit Sdn Bhd dengan niat supaya dokumen palsu itu digunakan untuk menipu syarikat Camfill Farr Malaysia.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Iklan
Wai Kuan yang diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim kemudiannya merayu mahkamah memberikan hukuman paling minimum kerana anak guamnya sudah menyatakan kekesalan dan menutup syarikatnya.
Hakim S Indra Nehru kemudiannya menetapkan hukuman penjara selama dua minggu dan denda RM4,000 bagi setiap pertuduhan.
Iklan
Bagaimanapun jika denda tersebut gagal dibayar, tertuduh akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, R Kumuthambal.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dugaan menjelang Ramadan, 20 anak yatim terjejas banjir"><meta itemprop="description" content="Dugaan menjelang Ramadan, 20 anak yatim terjejas banjir
Ketika kanak-kanak lain bersedia menyambut Ramadan yang akan bermula pada Khamis, kira-kira 20 anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak berdepan dugaan besar apabila pusat jagaan itu dilanda banjir pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Warden pusat jagaan berkenaan, Azad Ashraf Mohd Said berkata, ketika kejadian semua penghuni berada di dalam kawasan asrama apabila hujan lebat berterusan menyebabkan air naik mendadak dalam tempoh kira-kira 15 minit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768602/edisi/perak/dugaan-menjelang-ramadan-20-anak-yatim-terjejas-banjir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #Perak #AnakYatim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-18T09:29:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a4XW61fbOPYnRGItR/x120"><meta itemprop="duration" content="P136S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0asqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0asqu"></script>