Sambutan Hari Wanita Sedunia curi tumpuan di Dewan Rakyat

Iklan
Ahmad Faizal menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Pertama Panggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini turut mencuri tumpuan di Dewan Rakyat apabila rata-rata Ahli Parlimen menzahirkan ucapan 'Selamat Hari Wanita' pada persidangan pada Selasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika bangkit sebelum menjawab soalan pada sesi jawab lisan sempat menyampaikan ucapan khusus buat seluruh wanita.

Iklan
Iklan

"Saya ucap Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh Malaysia khususnya kepada para atlet Malaysia, jurulatih dan pegawai wanita.

Sesungguhnya seseorang wanita itu mampu menimbulkan kekuatan daripada kesulitan yang dialami dan wanita adalah lambang kekuatan sebenar," katanya.

Iklan

Turut menyampaikan ucapan, RSN Rayer (PH-Jelutong), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan sidang ketika itu.

Sebelum Waktu Pertanyaan Menteri, Rashid memaklumkan Parlimen Malaysia menganjurkan forum Bual Bicara Bersama YB bertajuk Saksama Bersama sempena Sambutan Hari Wanita 2022 Peringkat Parlimen Malaysia pada 1 tengah hari di Bangunan Parlimen.

Iklan

Forum berkenaan akan disertai tiga ahli panel iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin, P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) dan Dekan Fakulti Undang-undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia Profesor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh manakala Senator Datuk Ras Adiba Radzi sebagai moderator. - Bernama