Pengundian awal PRN Johor

Iklan
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beratur bagi menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ketika proses undi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kem Mahkota hari ini.
Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.