Indonesia buka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan ke Bali
Iklan
JAKARTA - Indonesia membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) ke Bali untuk pelancong dari 23 negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen pada Isnin har ini, VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.