Zahid dakwa Muhyiddin 'curi', 'beli' ahli UMNO demi kedudukan
Iklan
Ahmad Zahid
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba melemahkan UMNO serta 'mencuri' dan 'membeli' ahli UMNO demi memperkukuhkan kedudukan PN dan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
Ia sekali gus menolak kenyataan Muhyiddin yang menyatakan tidak pernah berniat menjadi Perdana Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.
Iklan
Iklan
"Dia (Muhyiddin) kata saya yang mahu menyokongnya jadi Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan lalu dia pun jadi Perdana Menteri.
"Tetapi dia tidak kata bagaimana proksi-proksinya berusaha gigih memujuk wakil rakyat bukan PH termasuk daripada UMNO agar menyokongnya jadi Perdana Menteri.
Iklan
"Menjanjikan sebuah perpaduan yang jujur dan ikhlas atas nama Melayu dan Islam, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu dengan kuasa sebagai Perdana Menteri," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Ahmad Zahid turut menyifatkan kenyataan bahawa Muhyiddin tidak berhasrat menjadi PM tidak selari dengan 'tawaran' yang pernah diberikan secara terbuka demi mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.
Iklan
"Mari kita fikir sejenak apakah seseorang yang mengaku dirinya tidak pernah berhasrat menjadi Perdana Menteri akan cuba 'menyogok' ahli Parlimen secara terbuka di kaca TV supaya menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri gara-gara terdesak?
"Apakah seseorang yang tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri dalam kata-kata terakhir kepada pegawai-pegawainya di Putrajaya membayangkan dia akan kembali sebagai Perdana Menteri?
"Apakah seseorang yang tidak pernah mahu menjadi Perdana Menteri dalam ceramah politiknya sempena PRN Johor menyatakan kemungkinan dia akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi?" katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.