Lelaki mati ditembak individu tidak dikenali

Iklan
Gambar kecil: Mohd Marzukhi

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mati akibat ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mangsa berusia 40-an disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta pergi berjumpa dengan seorang lelaki di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi pada jam 2.30 pagi.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa menemui suspek bagi membincangkan beberapa perkara tidak jauh dari tempat mereka meletak kereta.

Iklan

"Selepas itu rakan mangsa mendengar dua bunyi letupan dipercayai tembakan sebelum suspek bersama seorang rakan melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Mohd Marzukhi berkata, mangsa yang rebah kemudian di bawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payong oleh rakannya untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan

Katanya, polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian namun tidak menolak kemungkinan ada kaitan dengan dadah.

"Kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat mengenai jumlah sebenar tembakan. Kita juga minta kerjasama orang awam yang ada maklumat supaya maklumkan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.