Edar kotak rezeki untuk mangsa banjir di Kelantan
Iklan
Setiap mangsa banjir menerima sumbangan Rezeki Ummat (RU) daripada MyFundAction.
KOTA BHARU - Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) memberikan bantuan kotak Rezeki Ummat (RU) untuk meringankan beban mangsa banjir bagi enam daerah di Kelantan.
Ketua Pengurusan Bencana MyFundAction, Muhammad Azri Abdul Jalil berkata, misi bantuan berkenaan melibatkan kawasan zon merah antaranya Kuala Krai, Tanah Merah,
Iklan
Iklan
Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Rantau Panjang.
"Ia melibatkan dua kumpulan belia yang mempunyai fokus berbeza.
Iklan
"Kumpulan A fokus kepada edaran 100 pek makanan asas RU, susu dan lampin pakai buang bayi di kawasan Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kubor 2 yang belum dimasuki oleh mana-mana anggota keselamatan.
"Kumpulan B pula meninjau kawasan terpilih untuk menghantar 200 kit kebersihan, 600 makanan Qurban Pek, 100 pek RTE (Ready-To-Eat), satu kotak pelitup separuh muka dan satu kotak tuala wanita," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Iklan
Menurut Muhammad Azri, misi tersebut akan diteruskan sehingga Ahad ini di kawasan Tumpat dan Rantau Panjang kerana paras air hujan di kawasan berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.
Beliau berkata, pada masa sama MyFundAction mengalu-alukan sokongan dan kesudian syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan sekiranya ingin berkolaboratif dan bekerjasama bagi membantu masyarakat kurang bernasib baik pada masa akan datang di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Seorang pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Fifi Nurfatin, bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah mengakui pada mulanya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan hanya memperoleh 3A ketika kertas percubaan SPM lalu.
Bagaimanapun dia bangkit dan bertekad untuk membanggakan kedua ibu bapanya, Noorhayati Alang, 40, dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dengan pencapaian cemerlang itu.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666999/edisi/perak/ibu-bapa-jadi-penguat-semangat-pelajar-orang-asli-raih-9a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com