Warga USIM bantu mangsa banjir di Terengganu

Iklan
Sukarelawan USIM menyusun tilam yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir di Terengganu.

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya ke Kemaman, Terengganu bagi Misi USIM Prihatin pasca banjir.

Seramai 39 pelajar dan lapan kakitangannya terlibat dalam misi berkenaan yang menumpukan kepada operasi membersihkan kediaman penduduk kampung yang terjejas, Sekolah Kebangsaan Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh.

Iklan
Iklan

Selain itu turut dilaksanakan pengagihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal.

Ketua sukarelawan, Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, berkata, misi kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar.

Sukarelawan USIM ke Terengganu bagi misi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Iklan

Penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah itu berkata, seramai 70 permohonan diterima pihaknya berbanding 30 sukarelawan yang diperlukan untuk tujuan itu.

"Ini menunjukkan mahasiswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas akibat bencana banjir.

Iklan

"Mahasiswa sentiasa bersedia untuk menyantuni masyarakat dalam pelbagai cara dan kita sebelum ini turut membantu dalam misi pasca banjir akhir tahun lalu yang berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Pelepasan kumpulan pertama misi ke Terengganu itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Sukan baru-baru ini.