Covid-19: Jangkitan sporadik di Sabah terus meningkat
Iklan
KOTA KINABALU - Kes jangkitan sporadik Covid-19 di Sabah terus meningkat kepada 71.18 peratus daripada keseluruhan 2,717 kes positif baharu yang dicatatkan pada Khamis, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, peratusan kes bergejala melalui jangkitan sporadik adalah yang tertinggi pernah direkodkan di negeri tersebut setakat ini.