SHAH ALAM - Seramai 30,000 ahli Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan bagi melaporkan aduan berkaitan kenaikan harga barang keperluan.
Presiden PPMM, Che Hassan Che Johan berkata, ahli dari kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu memikul tanggungjawab tersebut selepas satu perjanjian kerjasama dimeterai pada Isnin.