KPM cari jalan galak murid sekolah suntik vaksin
Iklan
Radzi memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM di SMKA Lati, Pasir Mas semasa mengadakan lawatan di sekolah tersebut pada Selasa.
PASIR MAS - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mencari jalan terbaik untuk menarik lebih ramai murid-murid sekolah rendah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan itu.
Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan hasrat itu tercapai.
Iklan
Iklan
"Kadar vaksin (melibatkan murid sekolah rendah) masih rendah. Itu cabaran buat kami di KPM untuk mencari pendekatan terbaik.
"Semalam, saya ada berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkara ini dalam usaha memastikan anak-anak menerima vaksin termasuk di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati di sini, pada Selasa.
Iklan
Menurutnya, KPM kini dalam peringkat akhir perbincangan berkaitan pendekatan yang akan diambil sebaik sahaja bermulanya sesi persekolahan 2022 bulan ini.
Beliau berkata, pihaknya mengambil kira semua faktor untuk diteliti bagi mencari keseimbangan demi masa depan anak-anak.
Iklan
Radzi
Radzi berkata, jika sebelum ini apabila KPM mengumumkan pembukaan sekolah untuk sekolah rendah, ramai ibu bapa tidak berpuas hati dan bimbang selain menggunakan alasan anak mereka belum divaksin dan kerajaan belum menyediakan vaksin.
"Namun kini, apabila vaksin sudah ada, ibu bapa bertindak sebaliknya dan tidak membawa anak-anak mereka untuk divaksin menyebabkan jumlah bilangan kanak-kanak yang menerima vaksin masih rendah,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berterusan, agak sukar dalam konteks penggiliran sekolah di mana ibu bapa mahu anak mereka ke sekolah tanpa penggiliran supaya sentiasa dapat bersama dengan guru.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>