Banjir: 708 calon SPM tangguh ambil peperiksaan BM, BI

Iklan
Radzi (kanan) mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati Pasir Mas pada Selasa.

PASIR MAS - Seramai 708 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini tidak dapat menduduki peperiksaan itu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) yang bermula Rabu akibat banjir.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagaimanapun kesemua pelajar itu akan kembali menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua yang berlangsung pada April ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kesemua calon membabitkan tujuh buah sekolah di Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) (SMU (A)) Khairiah Banggol Stol; SMU (A) Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, SMK Rantau Panjang, SMK Baroh Pial dan Mahaad Muhammadi Rantau Panjang.

"Bagaimanapun, peperiksaan bagi kertas lain berjalan seperti biasa namun bergantung kepada situasi semasa banjir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati di sini, pada Selasa.

Iklan

Mohd Radzi berkata, mana-mana calon SPM yang terkesan dengan banjir atau sukar ke pusat peperiksaan boleh berhubung dengan guru atau pengetua untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar dan akan mengambil tindakan segera jika menjejaskan pusat peperiksaan.

Iklan

Katanya, pemakaian juga tidak terhad kepada uniform sekolah kerana pelajar boleh memakai pakaian biasa yang bersesuaian sepanjang peperiksaan berlangsung.

"Sidang kedua untuk peperiksaan SPM bukan perkara baharu kerana tahun lalu juga peperiksaan itu mempunyai sidang kedua berikutan terdapat calon SPM yang positif Covid-19," katanya.