Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan

Iklan
Gambar fail.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa sebulat suara meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditangguhkan ke mesyuarat kedua yang akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Iklan
Iklan

"Saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul ini di bawa ke mesyuarat kedua yang akan datang,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Usul penangguhan itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Iklan

Pada 23 Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Susulan itu, jawatan seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat kini kosong dan hanya Datuk Mohd Rashid Hasnon yang memegang jawatan itu ketika ini.

Iklan