Tiada lagi status kuning pada MySejahtera jika jadi kontak kasual
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa MySejahtera tidak lagi akan berubah status sekiranya seseorang itu menjadi kontak kasual kes positif Covid-19.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa individu yang menjadi kontak kasual hanya akan menerima notifikasi di aplikasi berkenaan.