Banjir: PM lawat Terengganu, Kelantan esok, bakal umum bantuan
Iklan
Sebahagian kenderaan yang diparkir di hadapan rumah tidak sempat dialihkan ke tempat yang lebih selamat, lantas tenggelam dalam banjir ketika tinjauan Bernama di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan lawatan ke Terengganu dan Kelantan esok bagi meninjau keadaan banjir di kedua-dua negeri pantai timur itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, pengumuman bantuan banjir juga dijangka diumumkan dalam lawatan tersebut.